Tuesday, December 21, 2010

MARAH?? HEBATNYA KAMU!!!!!


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w  lalu berkata: “Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah. Lalu Baginda bersabda: Jangan engkau marah.” Nabi s.a.w mengulanginya sebanyak tiga kali.



Setiap manusia ada mempunyai sifat marah, ini adalah fitrah semula jadi yang terdapat pada setiap makhluk yang di ciptakan Allah di dunia ini. Begitu juga haiwan. Contohnya, seekor kucing yang jinak dan manja akan marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali.

Tetapi, sifat marah ini bergantung kepada diri kita sahaja bagaimana untuk mengatasinya. Adakah kita akan bersabar menahan sifat marah itu atau melepaskan sifat amarah kita itu tidak kena pada tempatnya.Menurut Imam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati. Maka tepulang kepada individu itu untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah.

Sesungguhnya sifat sabar adalah penghalang daripada sifat marah. Walaubagaimanapun, kesabaran setiap individu itu ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sifat sabar dalam diri seseorang itu akan timbullah kemarahan...



Bersesuaian dengan Sabda Baginda Rasulullah s.a.w,

Marah itu daripada syaitan “Apabila kamu marah, maka jauhilah orang yang kamu marahi. Berubahlah dari tempat kamu berdiri ketika marah. Jika kamu marah semasa berdiri, maka duduklah. Jika kamu marah semasa duduk, maka berdirilah”

Malahan Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud,

"Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya." 
          (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Maka, bukan mudah untuk membuang sifat amarah di dalam setiap individu muslim itu sendiri. Tidak dinafikan juga adakala kita boleh mengawal diri kita daripada sifat marah, dan adakala kita tetap terlepas juga, kita hanya insan biasa di sisiNya. Namun,  kita boleh mengatasinya dengan bijak untuk menjadi seorang individu muslim yang hebat dalam mengatasi marahnya. Allah akan menenangkan hamba-hambaNya yang sabar. 

Apabila kita marah, hendaklah kita mengambil wudhu’, membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan memperbanyakkan zikir untuk mengawal dan mengurangkan sifat marah yang menyala-nyala itu. Hendaklah kita bertanya kepada diri kita adakah layak untuk kita marah kepada seseorang itu dan sesuatu perkara yang berlaku? Dari mana datang nya sifat marah itu?

Untuk mengendalikan sifat marah ini mempunyai kedudukan dan cara tersendiri. Mereka bukan sahaja disukai oleh makhluk di dunia, malah dicintai oleh Allah.


Allah berfirman:
"Bersegeralah kamu menuju keampunan dari Tuhanmu serta mendapatkan syurga yang luasnya seluruh langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit dan  orang-orang yang suka menahan amarahnya dan gemar pula memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan."
           (Al Imran 133-134)

Jom bersama-sama kita perbaiki diri dan sucikan hati kita! Moga-moga  kita tergolong dalam golongan orang-orang yang diberikan petunjuk dan sentiasa dalam keredhaanNya.
Wallahualam..

3 comments:

  1. Peringatan dan nasihat buat diri sendiri...
    ayuh kita bersama2 muhasabah diri...
    Bukan mudah utk mendelete sifat ini, ttp insyaAllah kita mampu utk mengawalnya....
    kesimpulannya, JANGANLAH KITA MARAH!!!=)

    ReplyDelete
  2. semoga bermanfaat dan insya'Allah ia bermanfaat buat diriku...^_^

    ReplyDelete
  3. insyaAllah....mudah-mudahan....
    semoga bermanfaat utk kita semua~~~

    ReplyDelete