Saturday, July 23, 2011

:::NUR JAULAH:::

بسم الله الرحمن الرحيم
 
 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
 
  Selamat tiba.. =) 

Tanggal 16hb Julai 2011 hingga 17hb Julai 2011 Nur Jaulah kami bersama- sama berangkat ke Kg. Sg. Haji  Dorani, Kuala Selangor.. Alhamdulillah , bersyukur kepadaNya sepanjang disana, program yang dirancang bersama-sama berjalan dengan lancar dengan menikmati keindahan pemandangan ciptaan Allah.. Subhanallah... Maha suci Allah.. Semoga ukhuwwah antara kami kekal ke syurga.. Betapa indahnya ukhuwwah yang dibina atas jalanNya.. Ukhuwwah itu indah apabila kita bertemu dan berpisah adalah semata-mata kerana Allah S.W.T.

 Batik Nur Jaulah =D
Pemandangan waktu pagi hari.. Maha Suci Allah..

 Matahari terbit.. Allahu akbar..

...NUR JAULAH...

Padi yang menghijau.. Berembun di pagi hari..

Pemandangan di sawah~~

..Hasil kraf batik..

Air laut surut.. Subhanallah..


Selamat menghayatinya, detik suka duka kita bersama...Buat semua ahli usrah, saya sayang kamu semua sangat-sangat lillahi Ta'ala.. Uhibbukum fillah jiddan-jiddan.. =)

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (imam nawawi) 
 
Khas buat sahabat2ku:- 

Ya Allah...sentuhlah hati sahabatku saat dia jauh drMu
peluklah hatinya saat dia mencintai sesiapa lebih dari Mu
pelihara imannya selalu agar dia x goyah ketika diuji..
bkn mudah utk berukhwah,
bkn mudah utk kekalkan,
...bkn mudah utk teruskan,
bkn mudah sehingga sekarang,
tp semuanya kerana Allah..
tanpaNYA xmungkin semua ini berlaku diantara kita... ^_~

Wednesday, July 20, 2011

...Jika Dahulu Ramadhan Aku Sia-Siakan...


Marhaban Ya Ramadhan!

Terasa indah pada hari ini mampuku berdiri, menghadiahkan seribu kali kesyukuran, di bulan Syaa'ban yang mulia. Ini bermakna aku semakin menghampiri Ramadhan Al Mubarak yang ku tunggu-tunggu demi cintaku pada yang Esa. Ya, masih tinggal cuma beberapa hari lagi sebelum Ramadhan tiba. Namun, tatkala teringat bahawa ajal datang umpama kilat memanah bumi, malah lebih laju dan tepat detiknya, aku menjadi sayu.

Bagaimana andainya Ramadhan kali ini tidak dapat ku temui? Mungkinkah nyawaku ditarik sebelum sempatnya Ramadhan kembali? Segala persoalan ku tahu tidak akan terjawab namun, aku kembali memohon kepada Dia, Allah S.W.T, panjangkanlah usia hambamu ini, dan berikanlah kesempatan memenuhi Ramadhan-Mu lagi. Kerana Ramadhan dahulu aku telah mengecewakan Mu, Ya Allah. Kerana Ramadhan dahulu aku telah banyak mensia-siakan Ramadhan dengan kealpaan dan kemungkaran.

Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Mengapa ia dikatakan begini? Sudah tentu semua telah maklum bahawa Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang kita diuji dengan pelbagai corak ujian untuk mengukur kesabaran demi memperoleh seribu kebaikkan daripadanya. Masya-Allah!

Jika ada antara yang bukan Islam bertanyaku, 'Tidak lapar kah kamu semua berpuasa selama 30 hari? Kalau aku di tempat engkau, sudah tentu aku tidak dapat memenuhi tuntutan puasa tersebut'.

Maka aku selalu nyatakan pada mereka bahawa, 'aku berpuasa bukanlah bermakna aku sedang kebuluran. Sedangkan di setiap pelusuk dunia masih ramai yang tidak menemui makanan dan minuman. Adakalanya berhari-hari mereka kelaparan namun mereka tetap cuba untuk hidup sehingga sisa-sisa nafas yang terakhir. Aku berpuasa demi mengingati Allah dan ciptaan Allah yang ditakdirkan kekurangan serba-serbi dalam kehidupan, di malam hari aku beribadah memuji Allah kerana aku bersyukur, ditakdirkan hidup dalam golongan manusia yang sederhana. 

Masih mampu meraih nasi dan lauk pauk. Masih mampu meneguk air berwarna warni lengkap berais. Tapi mereka? Ada yang sekadar meneguk air lumpur. Ada yang menangis, meneguk air longkang. Mengapa tidak kita yang serba cukup ini masih tidak bersyukur?'

Aku teringat mengenai kisah sahabat Nabi yang dikasihi mengharungi bulan Ramadhan:

Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, apabila masuk bulan Ramadhan, dan ketika malam telah melabuhkan tirainya, beliau mengadap mihrabnya (tempat ibadat) sambil memegang janggutnya lalu ia mengangis sambil berkata: Wahai dunia! Samada kamu menghadap kepada ku atau berpaling dariku, aku telah ceraikan kamu dengan talak tiga, dan tidak mungkin lagi aku kembali kepadamu. Sesungguhnya umur kamu pendek, urusun kamu (menipu daya manusia) sangat hina dan tipu daya sangat besar. Ohh! Alangkah sedikitnya bekalan (ku), sedangkan perjalanan sangat jauh dan jalan pula sukar!

Masya-Allah, Saidina Ali sahabat Baginda S.A.W yang dijamin syurga pun merasakan dirinya mempunyai bekalan amalan yang sedikit, inikan lagi kita yang nyata-nyata sering melakukan dosa besar dan kecil kepada Allah S.W.T? Sekali lagi hati ini bertukar sayu dan hiba. Aku mungkin bijak menyatakan kepada mereka tentang fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi aku sendiri masih banyak melakukan dosa yang sedar dan tidak di bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain selain Ramadhan. Sedangkan aku tahu aku tidak semulia Saidina Ali. Ampunkanlah dosaku Ya Allah!

Allah menciptakan manusia dengan tujuan, iaitu untuk menguji samada kita baik atau sebaliknya.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)." [Al-Mulk : 2]

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran bukan? Pengakhiran ujian itulah yang dinamakan Mati/Maut.

Firman Allah ta'ala yang bermaksud:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." [Ali-Imran:185]

Ramadhan adalah bulan penuh dengan kebaikan, keberkatan dan rahmat Allah yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya. Ia ibarat seperti pasar-pasar perniagaan yang kesemua barang-barangnya yang di jual adalah yang terbaik dan dijamin kekal selama-lamanya. Inilah perniagaan yang sangat menguntungkan.

 Firman Allah ta'ala lagi mengenai kehidupan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya)." [Al-Saf : 10-11]
**
Oleh kerana aku merupakan manusia yang sering terlalai dan membuat dosa, maka Ramadhan ini lah sebenarnya merupakan waktu untuk aku menghapuskan dosa-dosaku agar aku dikembalikan kepada-Nya tanpa noda-noda dosa.

 
1)Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka di ampunkan dosa-dosa yang lepas dan akan datang." 
[HR Al-Bukhari]

2)Sabda Rasulullah SAW lagi:
"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat yang lain dan puasa Ramadan ke Ramadan yang lain, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana ia menjauhi dosa-dosa besar." [HR Muslim]

Insya-Allah dengan kehadiran Ramadhan kali ini aku akan berusaha merebut peluang ini untuk berpuasa dengan penuh keimanan kepada-Mu, bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga malah turut menahan diri daripada godaan syaitan dan hawa nafsu.

3)Sabda rasulullah SAW tentang kebaikan Ramadhan lagi:
"Semua amalan anak Adam akan di ganda pahalanya, setiap amalan baik sama dengan sepuluh kebaikan dan diganda lagi sehingga tujuh ratus melainkan puasa. Maka firman Allah ta'ala: Maka sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri akan membalasnya, ia meninggalkan syahwatnya dan makan demi kerana-Ku." [HR Muslim]

Lantas aku teringat kisah Rasulullah S.A.W bahawa Baginda pernah bercerita kepada sahabat-sahabat Baginda, mengenai perihal syurga Rayyan, iaitu syurga yang dikhaskan untuk orang-orang yang ikhlas berpuasa,

4)Sabda Rasulullah SAW mengenai Syurga Rayyan:
"Sesungguhnya di syurga ada satu pintu di namakan Ar-Rayyan, akan masuk melalui pintu ini pada hari qiamat mereka yang berpuasa , tidak akan masuk melaluinya selain daripada mereka. Di katakan: Di manakah orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka yang berpuasa memasukinya, setelah mereka masuk pintu ini pun ditutup dan tidak akan masuk lagi seorang pun selepas itu." [HR Al-Bukhari]

Baginda S.A.W juga pernah menyatakan bahawa bukan sahaja pintu syurga Rayyan yang akan dibuka malah semua pintu-pintu syurga akan memperlihatkan isinya( terbuka) dan pintu-pintu neraka akan tertutup selama sebulan.

5)Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila masuk Ramadhan, pintu-pintu syurga akan di buka, di tutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan di gari." [HR Al-Bukhari]

Apabila membaca hadis ini, aku sering berasa lega. Alhamdulillah, tiada syaitan yang akan menganggu ibadahku ketika bulan Ramadhan, sudah pasti ibadah ku akan menjadi tip-top dan sempurna! Tetapi aku sering lupa bahawa hawa nafsu itu masih ada dalam diri. Aku berazam, Ramadhan kali ini aku akan tundukkan hawa nafsuku agar ia patuh menunaikan arahan dan perintah Allah S.W.T.

Di akhir Ramadhan, Allah kurniakan pula satu malam yang tiada tandingannya dengan malam-malam yang lain. Benar bahawa Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun. Seboleh-bolehnya Dia menciptakan hari dan bulan untuk manusia-manusia bertaubat dan mensucikan diri daripada dosa. Jika Allah itu zalim, sudah tentu Dia tidak akan menciptakan penghulu keindahan Ramadhan ini yakni malam lailatul qadar dipengakhir Ramadhan! Pepatah inggeris mengatakan, Save The Best for The Last

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan." [Al-Qadr : 1-3]

6)Rasulullah juga turut bersabda mengenai keistimewaan Lailatul Qadar:
"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Allah telah fardukan ke atas kamu puasa ramadhan, di buka padanya pintu-pintu langit (pintu syurga) dan di tutup pintu-pintu neraka Jahim, di ikat syaitan-syaitan yang paling jahat, bagi Allah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang di haramkan dari kebaikannya, maka ia di haramkan dari segala kebaikan." [Hadith sohih-Riwayat al-Nasa'i]

Sesungguhnya begitu mulia Ramadhan Al-Mubarak. Begitu besar dan banyak kebaikannya. Malah tidak terhitung jumlah dosa-dosa yang terhapus kerananya! Ya Allah Ya Rabbi, jauhkanlah aku daripada kelalaian menyambut bulan-Mu Ramadhan. Tingkatkanlah usaha ku ke arah mencapai rahmah-Mu. Amin


Daripada>> http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/3143-jika-dahulu-ramadhan-aku-sia-siakan.html

Friday, January 21, 2011

JOM PI KEMM!!!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Assalamualaikum...
Nak ajak semua kawan-kawan yang baca post kali ini...
Jom pakat-pakat kita pi ramai2...

KEMM???

KONVENSYEN  MEMPERINGATI 500 TAHUN KEJATUHAN EMPAYAR MELAYU ISLAM MELAKA


KONVENSYEN INI ADALAH ANJURAN IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)

 MEMBERI GAMBARAN KEUTUHAN JATIDIRI MASYARAKAT MELAYU YANG TELAH MEMBINA SEBUAH TAMADUN YANG GILANG-GEMILANG DAN KERAJAAN YANG MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SELURUH DUNIA
...

RM 50 - Dewasa / Bekerja
RM20 - Mahasiswa

Lawati : www.kemm1511.net
...untuk informasi yang lebih lanjut...
Email : kemm.1511@yahoo.com
Rauf : 017 - 611 3854
atau
 Afiza : 013 - 2188564


Tentatif Program

*Sabtu 29 Januari 2011*
8.00 – 8.30 pg
Pendaftaran Peserta

8.30 – 9.30 pg
Pembentangan 1 – “Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka”
oleh YBhg. Prof Dr. Nordin Husin

9.30 – 10.00 pg
Kehadiran VVIP / VIP

10.00 – 10.45 pg
Majlis Perasmian – Ucapan Alu-aluan dan Perasmian

10.45 – 11.00 pg
Jamuan VVIP / VIP & Jamuan ringan peserta

11.00 – 12.00 tgh
Pembentangan 2 – “Kejatuhan Melaka Satu Tragedi kepada Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam”
oleh YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

12.00 – 1.00 ptg
Pembentangan 3 – “Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam”
oleh Al Fadhil Ust Mohd Fauzi Asmuni Naib Presiden ISMA

1.00 – 2.00 ptg
Rehat / Makan / Solat

2.00 – 4.00 ptg
Dialog : “Mengambalikan Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam”

+ Pengerusi : Y. Bhg Hj Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agung ISMA
+ Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden ISMA
+ YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad
+ YBhg. Dr Sidik Fadhil

4.00 – 5.00 ptg
Majlis Penutup / Ucapan Penangguhan dan Bersurai
oleh En Abdul Rahman Mat Dali, Timbalan Presiden ISMA

5.00 ptg
Majlis bersurai



Jom kita pergi ramai-ramai sambil tambah ilmu...
InsyaAllah....Jumpa disana!!!

Friday, December 24, 2010

Berjuang... Tetapi Tidak Ikhlas?

 
Oleh : Mohd Zailani Ridzwan
Masjid Rinching Hilir


Ramai orang yang berjuang. Tapi tidak seramai itu pula yang berjuang dengan ikhlas. Melalui interaksi dengan Kitabullah dan Nabi Muhammad saw., para sahabat amat memahami bahawa memurnikan (mengikhlaskan) orientasi dan amal hanya untuk Allah adalah suatu keniscayaan yang tidak dapat ditawar-tawarlagi.

Mereka meyakini sepenuhnya bahawa hal itu merupakan kunci untuk memperoleh pertolongan dan dukungan Allah dalam setiap pertempuran yang mereka terjuni, menghadapi musuh-musuh mereka, baik musuh dari dalam diri mahupun dari luar diri mereka.

Mereka menghayati firman Allah swt.:
“Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Badwi yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (pergi berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasul. Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan, dan kelaparan pada jalan Allah. Dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.”
          [At-Taubah (9):120]

Para sahabat memahami hal itu dan mengaplikasikannya dalam diri mereka. Maka terlihat dalam perilaku mereka. Syadad bin Al-Hadi mengatakan, seorang Arab gunung datang kepada Rasulullah saw. lalu beriman dan mengikutinya. Orang itu mengatakan, “Aku akan berhijrah bersamamu.” Maka Rasulullah saw. menitipkan orang itu kepada para sahabatnya.

Saat terjadi Perang Khaibar, Rasulullah saw. memperoleh ghanimah (rampasan perang). Lalu beliau membahagi-bahagikannya dan menyisihkan bahagian untuk orang itu seraya menyerahkannya kepada para sahabat. Orang itu biasa menggembalakan binatang ternak mereka.

Ketika ia datang, para sahabat menyerahkan bahagiannya itu. Orang itu mengatakan, “Apa ini?” Mereka menjawab, “Ini adalah bahagianmu yang dibahagikan oleh Rasulullah saw.” Orang itu mengatakan lagi, “Aku mengikutimu bukan kerana ingin mendapatkan bahagian seperti ini. Aku mengikutimu semata-mata kerana aku ingin tertusuk dengan anak panah di sini (sambil menunjuk tenggorokannya), lalu aku mati lalu masuk syurga.”

Rasulullah saw. mengatakan,
“Jika kamu jujur kepada Allah, maka Dia akan mengizinkan keinginanmu.” Lalu mereka berangkat untuk memerangi musuh. Para sahabat datang dengan memapah orang itu dalam keadaan tertusuk panah di bahagian tubuh yang ditunjuknya. Rasulullah saw. mengatakan, “Inikah orang itu?” Mereka menjawab, “Ya.” Rasulullah saw. berkata, “Ia telah jujur kepada Allah, maka Allah memakbulkan keinginannya.”
Lalu Rasulullah saw. mengkafaninya dengan jubah beliau kemudian mensolatinya. Dan di antara doa yang terdengar dalam solatnya itu adalah:
“Allaahumma haadza ‘abduka kharaja muhaajiran fii sabiilika faqutila syahiidan wa ana syahidun ‘alaihi” (Ya Allah, ini adalah hamba-Mu. Dia keluar dalam rangka berhijrah di jalan-Mu, lalu ia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi atasnya).”
          (Diriwayatkan oleh An-Nasai)


Anas Bin Malik ra. menceritakan bahawa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. seraya mengatakan, “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku orang hitam, buruk rupa, dan tidak punya harta. Jika aku memerangi mereka (orang-orang kafir) hingga terbunuh, apakah aku masuk syurga?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya.” Lalu ia maju dan bertempur hingga terbunuh.

Ia lalu dibawa kepada Rasulullah saw. dalam keadaan sudah meninggal. Rasulullah saw. mengatakan, “Sungguh Allah telah membuat indah wajahmu, membuat harum baumu, dan membuat banyak hartamu.” Beliau kemudian melanjutkan, “Aku telah melihat kedua isterinya dari kalangan bidadari mereka berebut jubah yang dikenakannya. Mereka masuk antara kulit dan jubahnya.” (Diriwayatkan oleh Al-Hakim)






Begitulah para sahabat mempraktikkan ikhlas dalam perjuangan. Dan begitu pulalah seharusnya kita mempraktikkannya. Dan jika ada niat yang tidak jelas dalam jiwa selain keikhlasan, maka hendaknya kita ingat hal-hal berikut ini:

Pertama, bahawa Allah mengawasi, mengetahui, mendengar, melihat kita. Firman-Nya: “Dan Dialah Allah (Yang Disembah), baik di langit mahupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu lahirkan; dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan.”
 [Al-An'am(6):3]

Katakanlah: “Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui.”

Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
[AliImran(3):29]

Kedua, bahawa orang yang riya (ingin dilihat orang) atau sum’ah (ingin didengar orang) dalam beramal akan dibongkar oleh Allah semenjak di dunia sebelum di akhirat. Dan mereka tidak mendapatkan bahagian dari amal mereka selain dari apa yang dinginkannya.

Rasulullah saw. bersabda, “Siapa yang ingin (amalnya) didengar orang, maka Allah akan membuatnya di dengar; dan siapa yang ingin (amalnya) dilihat orang, maka Allah akan membuatnya dilihat orang.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)


Ketiga, bahawa kekalahan yang diderita kaum Muslimin dewasa ini adalah akibat kezaliman kita sendiri. Firman-Nya: “Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” [Yunus (10): 44]

Keempat
, bahawasanya ketidakikhlasan menghancurkan amal, besar mahupun kecil. Dan dengan demikian bererti kita telah membuat perjuangan kita bertahun-tahun sia-sia belaka. Allah swt. berfirman: “Dan sesungguhnya telah merugilah orang yang telah melakukan kezaliman.” [Thaha (20): 111].
“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.” [Al-Furqan (25): 23]
Dan Rasulullah saw. bersabda, “Aku benar-benar mengetahui orang-orang dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan-kebaikan seperti gunung Tihamah. Lalu Allah menjadikannya bagaikan debu yang tertiup angin.”

Tsauban berkata,


 “Wahai Rasulullah, terangkanlah sifat mereka kepada kami agar kami tidak seperti mereka, kerana kami tidak mengetahui mereka.” Rasulullah saw. menjelaskan, “Mereka adalah termasuk saudara-saudara kamu dan seperti kulitmu. Mereka menggunakan waktu malam seperti yang kamu lakukan, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang jika berhadapan dengan larangan-larangan Allah mereka melanggarnya.”
(Riwayat Ibnu Majah)

Kelima, orang-orang yang beramal bukan kerana Allah adalah orang yang pertama dibakar untuk menyalakan neraka. Dalam hadits panjangnya, Rasulullah saw. menjelaskan nasib tiga kelompok manusia yang celaka di hari akhirat kerana beramal dengan riya.

Keenam, orang-orang yang riya’ akan menjadi teman syaitan pada hari kiamat di dalam neraka jahanam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah bagi kita kisah Quzman, seperti yang diterangkan oleh Qatadah –semoga Allah meredhainya.

Beliau menjelaskan, “Di antara kami ada orang asing dan diketahui siapa dia. Ia dipanggil Quzman. Adalah Rasulullah saw. setiap disebut namanya selalu mengatakan bahawa dia termasuk penghuni neraka. Saat terjadi Perang Uhud, Quzman terlibat dalam pertempuran sengit sampai berhasil membunuh lapan atau tujuh orang musyrik. Memang dia orang kuat.



Lalu ia terluka lalu dipapah ke rumah Bani Zhufr. Beberapa lelaki dari kaum Muslimin mengatakan kepadanya, ‘Demi Allah, engkau telah diuji hari ini, hai Quzman, maka berbahagialah.’ Quzman menjawab, ‘Dengan apa aku bergembira. Demi Allah sesungguhnya aku berperang tidak lain kerana membela nama kaumku. Jika bukan kerana hal itu aku tidak akan turut berperang. Ketika merasakan lukanya semakin parah, ia mencabut panah dari tempatnya lalu bunuh diri.” (Al-Bidayah Wan-Nihayah, Ibnu Katsir)

Marilah kita bersama ingatkan jiwa kita dengan peringatan-peringatan tersebut agar dalam bergerak, berjuang, dan berkorban (tadhhiyah) senantiasa ikhlas kerana Allah.

Tuesday, December 21, 2010

MARAH?? HEBATNYA KAMU!!!!!


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w  lalu berkata: “Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah. Lalu Baginda bersabda: Jangan engkau marah.” Nabi s.a.w mengulanginya sebanyak tiga kali.



Setiap manusia ada mempunyai sifat marah, ini adalah fitrah semula jadi yang terdapat pada setiap makhluk yang di ciptakan Allah di dunia ini. Begitu juga haiwan. Contohnya, seekor kucing yang jinak dan manja akan marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali.

Tetapi, sifat marah ini bergantung kepada diri kita sahaja bagaimana untuk mengatasinya. Adakah kita akan bersabar menahan sifat marah itu atau melepaskan sifat amarah kita itu tidak kena pada tempatnya.Menurut Imam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati. Maka tepulang kepada individu itu untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah.

Sesungguhnya sifat sabar adalah penghalang daripada sifat marah. Walaubagaimanapun, kesabaran setiap individu itu ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sifat sabar dalam diri seseorang itu akan timbullah kemarahan...



Bersesuaian dengan Sabda Baginda Rasulullah s.a.w,

Marah itu daripada syaitan “Apabila kamu marah, maka jauhilah orang yang kamu marahi. Berubahlah dari tempat kamu berdiri ketika marah. Jika kamu marah semasa berdiri, maka duduklah. Jika kamu marah semasa duduk, maka berdirilah”

Malahan Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud,

"Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya." 
          (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Maka, bukan mudah untuk membuang sifat amarah di dalam setiap individu muslim itu sendiri. Tidak dinafikan juga adakala kita boleh mengawal diri kita daripada sifat marah, dan adakala kita tetap terlepas juga, kita hanya insan biasa di sisiNya. Namun,  kita boleh mengatasinya dengan bijak untuk menjadi seorang individu muslim yang hebat dalam mengatasi marahnya. Allah akan menenangkan hamba-hambaNya yang sabar. 

Apabila kita marah, hendaklah kita mengambil wudhu’, membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan memperbanyakkan zikir untuk mengawal dan mengurangkan sifat marah yang menyala-nyala itu. Hendaklah kita bertanya kepada diri kita adakah layak untuk kita marah kepada seseorang itu dan sesuatu perkara yang berlaku? Dari mana datang nya sifat marah itu?

Untuk mengendalikan sifat marah ini mempunyai kedudukan dan cara tersendiri. Mereka bukan sahaja disukai oleh makhluk di dunia, malah dicintai oleh Allah.


Allah berfirman:
"Bersegeralah kamu menuju keampunan dari Tuhanmu serta mendapatkan syurga yang luasnya seluruh langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit dan  orang-orang yang suka menahan amarahnya dan gemar pula memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan."
           (Al Imran 133-134)

Jom bersama-sama kita perbaiki diri dan sucikan hati kita! Moga-moga  kita tergolong dalam golongan orang-orang yang diberikan petunjuk dan sentiasa dalam keredhaanNya.
Wallahualam..