Thursday, November 25, 2010

::::BUAT SAHABAT MUSLIMAH:::::

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Buat sahabat-sahabat muslimahku yang disayangi serta diri ini sendiri....
Marilah kita renung-renungkan bersama


Firman Allah Ta'ala:
" Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya "
[QS. An-Nur 24:31]

Dengan menahan diri dari memandang lelaki ajnabi (bukan mahram) dia mentaati perintah Allah Ta'ala dan memiliki sifat wanita mulia yang selalu menahan pandangan mata mereka, iaitu suatu sifat yang sangat disukai oleh lelaki Mukmin. Ini merupakan keperibadian wanita Muslimah yang mulia, solehah dan suci sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran.

Firman Allah Ta'ala:
" Dan di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh Jin "
[QS. Ar-Rahman 55:56]

 



" Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia, harum wanginya dengan ilmu agama, cantiknya kerana iman dan takwa. Namun keindahan zahirnya disimpan rapi, biar menjadi rahsia yang kekal abadi. Bukan perhatian mata ajnabi yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi. Wajahnya bukan mengundang dosa, timbulkan duri yang memagari diri agar terpelihara dari noda duniawi yang menghalangkan harum sejati untuk Engkau calonkan dirinya sebagai bidadari Syurga-Mu, amiin "

1 comment:

  1. Buat semua sahabat2, teman2, dan rakan2 yg mengenali diri...semoga menjadi muslimah sejati...=)

    ReplyDelete